Terma-terma

TERMA
  1. Perlis Kitchen  adalah bermaksud pihak yang menyediakan perkhidmatan menyaji dan menghantar sajian makanan kepada pelanggan.
  2. Semua sajian akan dibungkus dengan menggunakan bekas makanan EzyPack. Walau bagai mana pun, pelanggan boleh membuat permintaan khas untuk sajian disaji dengan menggunakan mangkuk tingkat.
  3. Maklumat di blog ini dianggap muktamad dan membatalkan maklumat lain yang terdapat di medium lain seperti brosur, sekiranya ada percanggahan.
  4. Pelanggan membawa maksud pihak yang mendapatkan perkhidmatan sajian dengan bayaran yang telah ditetapkan.
  5. Agen pula bermaksud pihak yang dilantik untuk menguruskan tempahan dan penghantaran bagi pihak Perlis Kitchen.

SYARAT
  1. Langganan hanya berbentuk mingguan dan bulanan sahaja iaitu setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis setiap minggu.
  2. Langganan dianggap lengkap setelah pelanggan membuat pembayaran penuh pakej yang dikehendaki. Resit langganan akan diberikan pada hari pertama sajian dihantar.
  3. Menu sajian adalah ditetapkan oleh Perlis Kitchen dan pihak Perlis Kitchen berhak untuk membuat pindaan dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.
  4. Menu sajian akan dihantar mulai jam 11.45 pagi hingga jam 1.30 tengah hari. Panggilan pemakluman kepada pelanggan akan dibuat sebelum penghantaran dan ketika sampai dilokasi yang ditetapkan.
  5. Tiada pembatalan boleh dibuat. Namun, pihak pelanggan boleh membuat perubahan tarikh penghantaran tanpa sebarang caj atau perubahan lokasi dengan caj tertentu, RM 1 dalam zon yang sama atau RM 2 untuk Zon yang berbeza.
  6. Penangguhan penghantaran perlu dibuat 24jam sebelum masa penghantaran dengan memaklum melalui SMS/Whatsapp tarikh penghantaran baru ke 018-2014173. Kegagalan mematuhi syarat ini akan mnyebabkan penghantaran dikira.
  7. Pertukaran lokasi penghantaran perlu dimaklumkan sebelum jam 11.00 pagi pada hari penghantaran dibuat. Pemakluman boleh dibuat melalui SMS atau Whatsapp sahaja.
  8. Jika terdapat sebarang masalah dipihak Perlis Kitchen, baki wang pelanggan akan dikembalikan dalam tempoh 7 hari.
  9. Sebarang masalah, aduan atau apa jua pandangan, amat kami hargai dan boleh di emailkan terus ke saifbahari77@gmail.com.

No comments:

Post a Comment