Perlis Kitchen Delivery akan memulakan perkhidmatannya mulai 19 Januari 2015 dengan pakej tempahan harian dan mingguan. Untuk Pakej Bulanan, pakej ini akan bermula mulai 2 Februari 2015.
Kami menyediakan sajian yang berkualiti yang disediakan oleh tukang masak yang berpengalaman selari dengan resepi tradisi. Persekitaran penyediaan makanan yang bersih dan kami semestinya menggunakan bahan masakan yang segar demi memastikan sajian kami menepati citarasa anda.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 018-2014173.
Pakej Perlis Kitchen Delivery: (Harga Pengenalan)
Pakej Harian: RM 10.00
Pakej Mingguan: RM 28.00
- 3 kali penghantaran seminggu (Isnin, Rabu dan Khamis)
Pakej Bulanan: RM 100.00
-12 kali penghantaran sebulan (Isnin, Rabu dan Khamis setiap minggu)
Menu kami:
Isnin:
Nasi putih, gulai kenduri (Ayam/Daging), kerabu/sayur, ikan goreng, sambal belacan dan ulam
Rabu:
Nasi Khaumook (rempah kuning), ayam goreng, sos thai istimewa, timun dan sirap selasih.
Khamis:
Nasi putih, Asam Pedas Melaka (ikan), jelatah, ulam dan sambal belacan.
Order tambahan:
Air Milo Ais : RM 2.00
Sirap Selasih: RM 1.50
Jus Kasturi Asamboi : RM 2.00
Masa Tempahan:
Tempahan perlu dilakukan sebelum jam 6.00 petang sehari sebelum tarikh penghantaran.
Sekiranya anda mahukan penghantaran pada hari Isnin, tempahan dan bayaran perlu dilakukan sebelum jam 6.00 petang Ahad.
Cara Tempahan:
- Telefon/SMS/Whatsapp pakej yang anda mahu ke 018-2014173
- Bank-in jumlah yang betul. (akaun akan dimaklumkan melalui SMS/Whatsapp)
- Update alamat penghantaran.
Penghantaran:
Penghantaran tempahan akan dilakukan pada jam 11.45 pagi hingga 1.30 tengah hari.
Kami akan menghubungi anda sebelum penghantaran dibuat dan ketika kami sampai ke lokasi penghantaran.
Kawasan Penghantaran:
Kami bersedia untuk memberikan perkhidmatan ini ke lokasi-lokasi berikut yang dikelaskan mengikut zon. Zon-zon ini akan ditambah mengikut keperluan semasa.
- Zon 1: Pejabat-pejabat, kedai-kedai dan sekolah sekitar Beseri, Chuping dan Bandar Kangar.
- Zon 2: Pejabat-pejabat, kedai-kedai dan sekolah sekitar Jejawi dan Arau.
- Zon 3: Pejabat-pejabat, kedai-kedai dan sekolah sekitar Kuala Perlis.
Sila pastikan Zon anda sebelum membuat sebarang tempahan.
Pastikan anda memilih kami untuk menikmati hidangan tengah hari yang lazat, original dan berkualiti.